Selasa, 24 Jun 2008

padi




Bila balik kampung selain menziarahi abang yang kat kampung dapat juga mengubat mata dengan melihat panorama keindahan alam semulajadi yang memang dicipta ilahi. Padi yang tengah membesar dan dokong yang tengah hendak menjadi memang amat mengujakan. Burung-burung tiak yang kelaparan berterbangan mencari rezeki dan juga petani seperti abangku memecah keheningan desa yang aman damai. Tapi kadang-kadang burung rezekinya tak ada kerna dek jaring yang dipasang. Itu juga rezekikan... Rezeki pada anak-anak buah ku yang meratah daging atau tulang burung yang seberapa nak kenyang. Begitulah hidup di dunia.

teratak kampung




Inilah teratak buruk dikampung. Penghuni tetap abang ku Tar. Kadang-kadang kami, Kak Mah dan Amri menjenguk juga. Itulah harta peninggalan orang tua yang tak seberapa. Walau macamana pun bersyukur juga kerana dapat juga "balik kampung", bila time raya. Tu...lah macamana pun kalau tak ada penghuninya boleh jadi reput juga macam rumah orang lain kat kampung aku tu. Dah banyak rumah yang tak berpenghuni... lama-lama habis makan dek anai-anai dan akhirnya roboh menyembah bumi.

kampungku



Sekali-sekali balik kampung best jugak. Selain melawat abang kat kampung tu dapat juga menjamu mata dengan keindahan alam semula jadi. Dengan buah padi yang tengah berisi yang mana menjadi kesukaan burung-burung tiak yang memang sentiasa kelaparan. Jadi abang jef terpaksa menggunakan jaring untuk menjauhkannya.. tapi kalau burung tu terperangkap nasiblah burung jadi hidangan yang enak..