Bila time raya cina, teman akan beraya dirumah mak mertua di Behrang Stesen. Yang bestnya teman pun dapat ampau....Lepas le duit tol dan minyak sikit-sikit..
Selasa, 15 Julai 2008
RUMAH TERBAKAR

Lepas balik kampung baru ni singgah kejap rumah sepupu Kakak Masrah kat Ngor, Sauk. Yang sedihnya rumah sedara teman tu udah terbakar seminggu lepas. 3 rumah sekali terbakar. Punca katanya dari bekalan letrik kat rumah sebelah. Lepas tu merebak ke rumah sedara teman dan terus ke rumah yang satu lagi. Sedara teman tinggal sehelai sepinggang. Pulak tu bulan lapan ni nak mengahwinkan anak pulak. .....
Sekarang ni mereka menumpang rumah sedara kat rumah tu jugak. Dan akan menyewa dirumah yang berdekatan. Rumah tu tak siap lagi katanya pintu dan cermin masih tiada. Nak menunggu bantuan,..... entahlah.. sampaikan nak meratakan tanah dengan backhol (jengkaut) pun kena bayar.
Kampung

Balik baru ni adalah sikit bestnya. bukannya apa cuma pokok buah kampung dah boleh dimakan contohnya dukong dan juga rambutan. Tapi susah sikit nak petiknya sebab dia punya masak dah tak sekali. Dalam satu tangkai ada yang masak dan ada yang masih muda. Kalau masak tu manislah tapi yang muda tu.... entah rasalah sendiri..
Sabtu, 5 Julai 2008
IKAN OH IKAN
Jumaat, 4 Julai 2008
Angah
Hari ni pagi-pagi buta dah nak berjalan untuk mengambil anak Farid yang berada di SMKA Slim River. Lepas bersiap pukul 7.00 dah start hantar along kat SMK Raja Chulan, lepas tu hantar pula Akma ketempat kerja di ITP dab kemudian hantar pula kakak dan adik di Tadika Sedas. Lepas tu baru bertolak melalui lebuh raya utara selatan. Isi minyak kereta Viva RM63.00 di Simpang Pulai. Perjalanan di teruskan dan berhenti rehat di R&R Tapah untuk bersarapan. Akhirnya sampai juga di SMKA lebih kurang pukul 9.35pagi. Lepas tu kena ambik nombor untuk berjumpa dengan cikgu (No. 14). Lama juga menunggu giliran dan time tu juga batang hidung Farid tak nampak lagi. Akhirnya dapat juga berjumpa dengan cikgunya...Cikgu Sabariah dan Cikgu Salina. Cikgu menasihatkan supaya banyak membaca buku-buku supaya memudahkan kefahaman sebab farid ni lemah sikit bab baca-baca ni... Tapi dia ni matematik memang dia terror sikit (80 markah). Habis jumpa pergi pulak asrama untuk ambik baju. Ada kawan pulak nak tumpang untuk balik Ipoh. Tapi kawan dok kat Kuala Kangsar. jadi hantar kat medan Gopeng je le...Mereka kena naik bas untuk balik kuala. Lepas tu ambik along,kakak dan adik untuk balik rumah dan sampai pada pukul 1.05pm.
Selasa, 24 Jun 2008
padi

Bila balik kampung selain menziarahi abang yang kat kampung dapat juga mengubat mata dengan melihat panorama keindahan alam semulajadi yang memang dicipta ilahi. Padi yang tengah membesar dan dokong yang tengah hendak menjadi memang amat mengujakan. Burung-burung tiak yang kelaparan berterbangan mencari rezeki dan juga petani seperti abangku memecah keheningan desa yang aman damai. Tapi kadang-kadang burung rezekinya tak ada kerna dek jaring yang dipasang. Itu juga rezekikan... Rezeki pada anak-anak buah ku yang meratah daging atau tulang burung yang seberapa nak kenyang. Begitulah hidup di dunia.
teratak kampung
Inilah teratak buruk dikampung. Penghuni tetap abang ku Tar. Kadang-kadang kami, Kak Mah dan Amri menjenguk juga. Itulah harta peninggalan orang tua yang tak seberapa. Walau macamana pun bersyukur juga kerana dapat juga "balik kampung", bila time raya. Tu...lah macamana pun kalau tak ada penghuninya boleh jadi reput juga macam rumah orang lain kat kampung aku tu. Dah banyak rumah yang tak berpenghuni... lama-lama habis makan dek anai-anai dan akhirnya roboh menyembah bumi.
Langgan:
Catatan (Atom)
